Nahandang Melangkap Homestay/Campsite Kota Belud: Phase 1 & 2

Anda ingin pergi ke Nahandang Malangkap Homestay dan Campsite di Kota Belud? Homestay ini masih agak baru tetapi telah menjadi terkenal dengan jangka masa amat singkat. Dalam masa yang singkat Melangkap muncul sebagai tempat pelancongan di Kota Belud Sabah yang amat popular.  Ramai yang pernah pergi sana share gambar-gambar menarik mereka yang berlatarbelakangkan sungai dan Gunung Kinabalu yang cantik.
Lokasi dan alamat perhubungan Nahandang Homestay di Melangkap Kota Belud
Minggu lepas saya dan keluarga berpeluang melawat dan menginap di Nahandang Homestay & Campsite. Pemandangannya memang cantik dan anda boleh mandi sungai dengan airnya yang sejuk dari mengalir dari Gunung Kinabalu.

Harga Penginapan / Rate Nahandang Homestay & Campsite

a. Family Room (RM180/per night)
Double Queen-sized bed, TV, Bathroom/toilet with hot shower

b. Standard Room (RM100/per night)
Queen-sized bed with aircond

c. Standard Room (RM100/per night)
Double single-sized bed, with aircond

d. Dormitory (RM35/person)
10 person with aircond

e. Overnight Campers
1 pax - RM10
2 pax - RM15
4 pax - RM20
6 pax - RM35
8 pax - RM50
Harga bilik dan camping di Nahandang Homestay & Campsite
Aktiviti Yang Boleh Anda Buat Di Sini

Anda boleh buat aktiviti seperti BBQ, Fish-feeding, Flying Fox (yang terpanjang di Sabah setakat ini), River Rafting dan Topi Raja.

Jika anda jenis yang suka hiking, homestay ini juga ada menyediakan pakej hiking bergantung kepada permintaan pengunjung.

Maklumat Perhubungan

Untuk tempahan anda boleh menghubungi nama-nama yang tersenarai di bawah. Anda perlu booking lebih awal terutama semasa cuti-cuti umum kerana kawasan ini semakin popular dalam kalangan pengunjung tempatan dan luar negara untuk mengelakkan anda kehabisan tempat.

Hubungi: SOPHIA (014-8555755), AUDRIA (012-8530886), JOHSUA (014-8689269) dan  BIDIN ( 013-5680963). WHATSAPP: 017-8384557

Webpage Facebook: https://www.facebook.com/nahandanghomestay/

Jika anda tidak berjaya mendapat tempat di Nahandang Melangkap Homestay & Campsite, anda boleh cuba hubungi homestay yang berdekatan seperti Melangkap Homestay, Polumpung Homestay dan juga Sondot View Campsite.
Nombor telefon (phone number) Nahandang Homestay & Campsite di Melangkap Kota Belud
Saya difahamkan bahawa harga penginapan di homestay yang lain/berdekatan agak murah sedikit sepeti di Polumpung Melangkap Homestay yang hanya terletak di seberang sungai berhadapan dengan Nahandang Melangkap Homestay & Campsite. Ini mungkin kerana lokasinya yang agak jauh dari tebing sungai. Nahandang Homestay & Campsite pula betul-betul ditebing sungai dan terletak di kedudukan yang amat sesuai untuk mengambil gambar sungai dan Gunung Kinabalu semasa cuaca cerah.

Kepada yang perlukan connection internet, hanya Maxis dan Celcom yang mempunyai line di kawasan ini. Pengguna-pengguna DiGi bolehlah merasa tiada connection untuk sementara waktu semasa anda menginap/berkhemah di kawasan ini. Merasa jugalah sehari semalam tidak check Facebook dan Whatsapp dan masa terluang diisi dengan aktiviti santai termasuk mandi sungai.

Buat masa ini homestay booking melalui portal Agoda dan Trivago belum dapat dilakukan. Mungkin belum disenaraikan. Anda boleh hubungi pemilik homestay secara terus untuk tujuan tempahan penginapan.